| Call to Conscience from Veterans to Active Duty Troops and Reservists |
|
Kenyataan Kepada Para Pejuang Yang Menanti Perang di Iraq
Kami adalah Pertubuhan
Veteran Askar Amerika Syarikat. Kami, bersama dengan berjutaan rakyat Amerika,
ingin mengambil kesempatan untuk melafaskan bantahan terhadap Kerajaan Amerika
mengenai perang terhadap Iraq. Pertubuhan Veteran mempunyai ahli dari pelbagai
umur, kaum, agama, dan pendapat politik, tetapi yang menyatukan kami adalah pendapat bahawa perang ini adalah salah dari semua sisi. Pada seketika masa, kami merupakan askar yang berjuang untuk keselamatan serta maruah negara sendiri. Akan tetapi, pengalaman daripada masa itu sebagai askar memaksa kami menganalisis apa yang kami diajar semasa berperang. Sebagai askar, adakah anda tahu kenapa anda dihantar untuk berjuang, mungkin sehingga mati? Kami berharap anda akan berfikir dengan lebih mendalam mengenai soal perang Iraq, bukan sahaja dari akal, tetapi dari hati. Semasa Perang Teluk pertama, kami sebagai askar telah menghapuskan ramai penduduk Iraq walau dari darat, atau langit. Kemusnahan terhadap Iraq yang paling teruk dari segi nyawa dan infrastruktur pada masa itu adalah melalui pengeboman. Beratus ribu penduduk Iraq - lelaki, perempuan, dan kanak-kanak, hilang dari muka bumi buat selama-lamanya.Di Basra, kami disuruh membunuh mereka yang cuba melarikan diri. Yang masih hidup terpaksa menghitung hari yang penuh dengan kesengsaraan - uranium dan kimia toksik lain yang bocor dari senjata yang digunakan pada masa itu bermakna beribuan rakyat Iraq serta askar cacat anggota seumur hidup. Kini, sebanyak dua puluh lima peratus askar yang pernah berjuang di Perang Teluk cacat anggota. Semasa Perang Vietnam, ramai
lagi terkorban. Di My Lai, sebuah kampung kecil yang sunyi, sebanyak lima ratus
penduduk, kebanyakan daripada mereka perempuan, kanak-kanak dan orang tua
dibunuh. Kimia "Agent Orange" disembur keatas musuh, akan tetapi yang merasa
kepahitannya bukan sahaja mereka, tetapi diri sendiri. Setiap malam, mimpi
ngeri mengenai dua juta penduduk Vietnam yang mati di tangan kami menembusi
tidur. Kepahitan dan perasaan insaf yang melampau membuat ramai lebih rela membunuh diri dari hidup sehari lagi. Jumlah mereka yang pulang ke tanah air dan
mengambil nyawa sendiri adalah jauh lebih ramai dari mereka yang mati semasa berperang. Mereka yang rela memasuki
Iraq akan tahu betapa pahitnya perasaan rakyat Iraq terhadap mereka? kebencian
yang mendalam akibat kezaliman tentera musuh. Fikirlah dahulu dengan lebih
mendalam, sama ada anda rela menakluk sebuah negara, mengambil alih semua aspek
hidup rakyat Iraq, rakyat yang penuh kesengsaraan, rakyat yang hanya cuba
membesarkan anak-anak mereka, dari satu hari ke demikian. Mereka bukan musuh
kami - walau dibawah genggaman Saddam mereka tidak mampu melancarkan sebarang
serangan terhadap kami. Kenapa kami sebagai rakyat Amerika, diberi mandat dari
kerajaan untuk memaksa mereka membuat apa yang kami inginkan, sementara kami
tidak begitu pasti dengan cara Presiden kami dilantik? Seluruh dunia tahu akan Saddam dan kekejaman rejimnya. Dunia tahu akan cara dia menggaskan rakyatnya sendiri serta memajukan program senjatanya. Akan tetapi, kekejammanya beliau terhadap rakyatnya yang paling serius dibuat semasa beliau merupakan "kawan" Amerika Syarikat. Anda patut tahu bahawa Amerika Syarikat sendiri telah menolong beliau memajukan program senjatanya, senjata yang sama yang telah digunakan atas rakyat Iraq oleh Saddam. Kemudian, selepas Saddam bukan lagi "kawan" Amerika, mereka membebankan Iraq dengan sanksi. Akibatnya, lebih ramai penduduk Iraq mati akibat kebuluran daripada tindakan Saddam sendiri. Selepas menjalankan operasi ketenteraan terhadap Iraq yang memusnahkan hospital, generator elektrik serta loji pembersihan bekalan air, Amerika menghentikan impot barang-barang keperluan seperti bekalan makanan dan kesihatan, serta alat-alat yang diperlukan untuk membaiki infrastruktur fundamental yang dihapuskan. Mereka yang merampas hidup,
tiada maruah. Bom yang dijatuhkan keatas loji pembersihan air bukan sekitar
"memusnahkan infrastruktur musuh", tetapi akibatnya, kanak-kanak mati akibat
penyakit. Bom yang dijatuhkan keatas talian telekom, bukan sekitar "memusnahkan
komunikasi musuh", terutamanya bila seorang ayah mati kerana pihak hospital
tidak dapat dicapai apabila beliau diserang sakit jantung. Apabila seorang
petani yang miskin dan tua dibunuh apabila beliau mempertahankan kampungnya,
ini bukan satu kejayaan, ini pembunuhan yang mengerikan. Pertubuhan Veteran membangkang dengan sepenuhnya sebuah perang terhadap Iraq, serta pengikutsertaan anda sebagai askar. Semasa Perang Vietnam serta Perang Teluk, beribu-ribu askar Amerika mengambil ketegasan untuk tidak mengambil bahagian dalam perang tersebut. Mereka dihukum dan ramai masuk penjara akibat keputusan itu. Kepentingan anda sebagai warga dunia patut mendahului tugas anda sebagai seorang askar. Sekarang adalah masa untuk mengambil keputusan, sama ada untuk berperang, atau memilih keamanan. Ketegasan anda merupakan pemantulan serta refleksi apa yang terkandung dalam hati anda. Kami memilih keamanan- bagaimana dengan anda? |
Translation by Ju-Lee Sandhu |